Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 nobat cef hidangan Melayu terbaik sekali dalam pencarian seluruh Malaysia


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bersiap sedia menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.


Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions Harry Brouwer menyampaikan ucapan

  Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, dihidangkan dengan kicap, kunyit dan rempah lain.





 Bersama menyampaikan lebih maklumat di sidang akhbar ialah dari kiri: Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho; Ketua Negara Malaysia, Nusrat Perveen; Timbalan Presiden Eksekutif, Harry Brouwer serta Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti

Para juri yang mengadil tahun lalu termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan bloger tempatan yang bersama menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.


Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Budiman Bistari Mohamed mengadakan demonstrasi tentang penyediaan makanan resipi ciptaan sendiri

Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.



Keempat pemenang utama Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 memberi testimoni masing masing (dari kanan): Budiman Bistari Mohamed, Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad, Mohd Salehzarin Mohd Saleh dan Raiei Mahidin

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.

 

Pengurusan kanan UFS sibuk 'memasak' gimik pelancaran (dari kiri) ialah: Pengarah Pemasaran Rangkaian, Claire Sullivan; Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti; Timbalan Presiden Kewangan, Gavin-Van Boekel; Timbalan Pengarah Eksekutif, Harry Brouwer; Timbalan Pengarah Eksekutif Asia, Australia dan Timur Tengah, Star Chen; Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho serta Ketua Negara Malaysia Malaysia, Nusrat Perveen

Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bertambah menarik dengan:

-Hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper
- Naib johan menerima tunai RM10,000 beserta hamper
- Pemenang ketiga mendapat tunai RM6,000 dan hamper
-Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM500 beserta hamper.

No comments

Post a Comment

Feel free to comment. Thank You!. Comment with HTML will be deleted

Home